Mak Cik Moy dan Melissa D. Manis senyuman mereka!
Pernah saya kata bahawa saya ingin menulis satu penyertaan blog dalam Bahasa Malaysia. Inilah dia!
Malam semalam, Melissa D bersama ibunya, Mak Cik Moy, telah berlepas ke Amerika Syarikat untuk tujuan menziarahi saudara-mara serta 'Emak Angkatnya', Cik Darlyne. Mereka berdua akan pergi ke beberapa negeri di situ dalam tempoh masa dua puluh empat hari.
Saya dan ayah Melissa D, Pak Cik Chow, menghantar kedua-dua orang wanita ini ke lapangan terbang di pulau ini.
Saya dan Melissa D berkongsi secawan kopi 'ice-blended Coffee Bean', dan membeli snek sebelum mereka berlepas. Di pintu pemergian, hati saya terasa pilu melihat jantung hati saya berlepas.
Semasa Melissa D melalui pintu itu, dia menoleh kepalanya ke arah saya, sambil menitis air mata. Tanpa disedari, air mata turut mengeburi permandangan saya. Inilah kali pertama saya berasa begitu untuk seorang perempuan.
Saya betul-betul berasa syukur dikurniakan oleh Tuhan dengan hubungan indah dengan perempuan suci dan manis ini. Dan saya ingin menunggu sehingga Melissa D dan Mak Cik Moy balik ke pulau ini bulan depan.
Hati saya telah dicuri oleh Melissa D. Saya sayangi dan mengasihimu, Melissa D, mentari hati saya!
Melissa D denganku, sebelum dia berlepas ke Amerika Syarikat.
P/S Teruknya penggunaan bahasa saya!
"Segala yang kau ragui akan ku padam habis dari hati mu
Mengingkari dalaman akal mu
Takkan puasku, mengiringi semua tawa dan tangisanmu,
Anggun jiwamu, pelita yg terang
Hatiku mahumu
Rupamu
Masih masih masih masih
Kau terindah
Masih ada
Yang tercantik
Itu Kamu..."
Dipetik dari lagu Itu Kamu,gubahan Estranged
Love & Peace!~
BC?
5 comments:
A man Truly, Madly, Deeply.
wah...amat terkejut sekali iya...membaca penyertaan blog ini dalam bahasa....
hehehe.....tulis lah lebih penyertaan menggunakan bahasa lagi...aye:)
HAHAHA!~
That's me lah, Abby!
And tengoklah macam mana, Tan Jo-Anne!~
BC?
Aduh BC,
Penyertaan Blog ini sungguh-sunguh menyayat hati oh!
Saya benar-benar gembira untuk kamu.
Terima kasih, Lydia!
Saya cuba sahaja... semula kepujian bagi Tuhan Yesus lah!
BC?
Post a Comment